Ikhfa' Hakiki
______________________________________________________________________________________________
Assalamualaikum
semua ! Jadi hari ini kami akan berkongsi mengenai salah satu hukum tajwid yang terdapat dalam bab nun
sakinah dan tanwin iaitu Ikhfa’ Hakiki.
PENGERTIAN IKHFA’ HAKIKI :
Ikhfa’ dari segi Bahasa: Satru (Sembunyi).
Dari segi
istilah: Menyebut suatu huruf dengan satu sifat antara izhar dan idgham,
tidak bertasydid, di samping mengekalkan dengung pada huruf pertama.
- Maksud ungkapan “antara izhar dan idgham”: Mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan antara ikhfa’ dengan izhar dan idgham, seperti yang diterangkan dalam jadual dibawah:
Bilangan sebutan kedua-dua huruf |
Huruf pertama
|
|
Izhar
|
Dua kali
|
Bunyinya jelas |
Ikhfa’
|
Sekali
|
Bunyinya jelas |
Idgham
|
Sekali
|
Bunyinya berubah kepada bunyi huruf kedua |
Bilangan Lidah | Dengung | |
Izhar
|
Ada
| Ada |
Ikhfa’
|
Tiada
| Ada |
Idgham
|
Tiada
| Tiada |
- Maksud “tidak bertasydid”: Bunyi huruf yang kedua terselindung di sebalik bunyi huruf pertama.
- Maksud “di samping mengekalkan dengung pada huruf pertama”: Bunyi dengung menemani huruf pertama, bukan kedua.
Ikhfa’ Hakiki:
Pertemuan nun sakinah atau tanwin dengan huruf-huruf ikhfa’
hakiki (15 huruf) yang terhimpun dalam
rangkai kata
" سَتُجۡزَ صَدَّكَ فَثِقۡ ضَطَظٍ شَذٍّ "
contoh ikhfa’ nun mati dan tanwin :
contoh ikhfa’ nun mati dan tanwin :
Huruf
|
Tanwin
|
"ن"
mati
|
س
|
||
ت
|
||
ج
|
||
ز
|
||
ص
|
||
د
|
||
ك
|
||
ف
|
||
ث
|
||
ق
|
||
ض
|
||
ط
|
||
ظ
|
||
ش
|
||
ذ
|
cara bacaan :
Wajib
di ikhfa’kan (disembunyikan) nun sakinah atau tanwin tersebut di samping dengung dengan
sempurna dengan kadar 2 harakat tanpa
mengangkat hujung lidah atau pangkal lidah kelelangit sebelum menyebut huruf
ikhfa’.
2 orang sedang membebel:
Izin copy ya tuan
terima kasih, banyak contoh yang diberikan :-)
Post a Comment