followers

IKHFA' HAKIKI

Ikhfa' Hakiki

______________________________________________________________________________________________



Assalamualaikum semua ! Jadi hari ini kami akan berkongsi mengenai salah satu  hukum tajwid yang terdapat dalam bab nun sakinah dan tanwin iaitu  Ikhfa’ Hakiki.

PENGERTIAN IKHFA’ HAKIKI :

Ikhfa’ dari segi Bahasa: Satru (Sembunyi).
Dari segi istilah: Menyebut suatu huruf dengan satu sifat antara izhar dan idgham, tidak bertasydid, di samping mengekalkan dengung pada huruf pertama.

  • Maksud ungkapan “antara izhar dan idgham”: Mempunyai beberapa persamaan dan perbezaan antara ikhfa’ dengan izhar dan idgham, seperti yang diterangkan dalam jadual dibawah: 

 

 Bilangan sebutan kedua-dua huruf

Huruf pertama

Izhar

Dua kali

Bunyinya jelas

Ikhfa’

Sekali

Bunyinya jelas

Idgham

Sekali

Bunyinya berubah kepada bunyi huruf kedua



 

Bilangan Lidah

 Dengung

Izhar

Ada

Ada

Ikhfa’

Tiada

Ada

Idgham

Tiada

Tiada


  • Maksud “tidak bertasydid”: Bunyi huruf yang kedua terselindung di sebalik bunyi huruf pertama. 
  • Maksud “di samping mengekalkan dengung pada huruf pertama”: Bunyi dengung menemani huruf pertama, bukan kedua. 
Ikhfa’ Hakiki
Pertemuan nun sakinah atau tanwin dengan huruf-huruf ikhfa’ hakiki (15 huruf) yang terhimpun dalam rangkai kata
" سَتُجۡزَ صَدَّكَ فَثِقۡ ضَطَظٍ شَذٍّ "

contoh ikhfa’ nun mati dan tanwin :


Huruf
Tanwin
"ن"  mati
س






ت






ج






ز






ص




د




ك




ف






ث






ق




ض






ط






ظ






ش






ذ






cara bacaan :

Wajib di ikhfa’kan (disembunyikan) nun sakinah atau tanwin tersebut di samping dengung dengan sempurna dengan kadar 2 harakat tanpa mengangkat hujung lidah atau pangkal lidah kelelangit sebelum menyebut huruf ikhfa’.




thanks for reading.jika ada salah dan silap saya minta maaf :)

2 orang sedang membebel:

hanis said...

Izin copy ya tuan

sumayyah fakhrurrazi said...

terima kasih, banyak contoh yang diberikan :-)